Home Page

Panduan Seller: Kondisi Buku

Kondisi buku secara umum boleh dibahagikan seperti berikut berdasarkan AB Bookman's Weekly:

  • Seperti baru (seperti dalam keadaan ketika mula-mula dibeli)
  • Sempurna (hampir seperti baru, sudah dibaca tetapi dijaga dengan baik oleh pengguna pertama tanpa sebarang kesan nyata dari pembacaan)
  • Sangat baik (nampak tanda-tanda telah digunakan, tetapi tiada sebarang koyak/kesan lain)
  • Baik (dalam keadaan kebanyakan buku yang pernah digunakan; sebarang kecacatan pada buku harus dinyatakan secara jelas)
  • Sederhana (semua halaman penting ada, tetapi ada kecacatan lebih serius seperti terkoyak/hilang beberapa halaman yang kurang penting)
  • Tidak elok (teks masih boleh dibaca/tiada halaman hilang, tetapi keadaan fizikalnya sudah rosak di sana sini - biasanya hanya dibeli oleh orang yang perlu membaca teksnya sahaja)
  • Bekas perpustakaan (harus dinyatakan tidak kira bagaimana sekalipun keadaan buku ini - kerana buku perpustakaan akan ditampal pelbagai makluman dan telah dicop)
  • Buku kelab (harus dinyatakan, kerana buku dari kategori ini ada ciri-ciri khusus yang tersendiri)
  • Buku jilidan (buku yang halamannya masih sempurna, tetapi keadaan kulitnya sudah rosak dan diganti dengan kulit jilidan)

Saranan penetapan harga buku terpakai untuk Seller

Buku terpakai (yang bukan nadir) selalunya dijual pada kadar separuh harga sahaja daripada harga asal. Disarankan buku itu dijual pada potongan sebanyak 40-50% dari harga asal. Antara kondisi buku yang boleh menyebabkan harga jatuh di bawah 50% daripada harga asal adalah terdapat koyak, contengan, highlight dan lain-lain perkara yang mencacatkan buku.

Buku terpakai nadir pula mempunyai kelebihan kerana beberapa cirinya yang istimewa. Paling penting, ia merupakan buku yang diburu oleh ramai kolektor buku. Harga buku nadir seperti ini bergantung kepada harga pasaran.

Walau bagaimanapun, pihak Alam Bacha hanya berhak memberi cadangan kepada Seller. Terpulang kepada Seller untuk menentukan harga seperti yang difikirkan sesuai.

Sekiranya Seller mendapati pasaran agak perlahan pada harga yang ditetapkan ketika mula-mula, Seller boleh berhubung semula dengan Alam Bacha untuk membuat perubahan sesuai terhadap harga.

Workflow / Aliran Kerja (Alam Bacha – Seller – Pembeli)

  1. Seller berminat untuk menjual buku mereka (baru/terpakai) di Alam Bacha (mohon rujuk keseluruhan FAQ untuk mendapatkan gambaran awal)
  2. Sekiranya bersetuju dengan konsep niaga Alam Bacha, masukkan data buku melalui borang ini.
  3. Alam Bacha akan menyemak setiap borang untuk menentukan kesesuaian jenis & pasaran buku.
  4. Alam Bacha memuat naik (upload) data buku untuk dijual.
  5. Pembeli membeli buku Seller di Alam Bacha dan membuat bayaran ke akaun Alam Bacha.
  6. Alam Bacha akan memberi notis kepada Seller bukunya telah dibeli dan dibayar, termasuk alamat untuk penghantaran.
  7. Seller mengepos buku kepada pembeli dan mengirim tracking code kepada Alam Bacha.
  8. Selepas 2 hari tracking code diserahkan, Alam Bacha akan melepaskan bayaran ke akaun Seller berdasarkan harga yang telah ditetapkan di dalam borang oleh Seller.
  9. Sekiranya maklum balas dari pembeli mengenai Seller tertentu tidak bagus (contoh: penipuan pengeposan/penipuan kondisi buku), Seller itu tidak akan dibenarkan lagi menjual melalui Alam Bacha.

Siapa Seller Buku Terpakai di Alam Bacha?

Seller Buku Terpakai di Alam Bacha adalah pihak yang memiliki buku terpakai untuk dijual dan memilih menjualnya melalui Alam Bacha.

Alam Bacha bertindak sebagai marketplace atau tempat memasarkan buku-buku ini sahaja. Buku-buku Seller ini tidak perlu dihantar kepada pihak Alam Bacha dan tidak menjadi milik kami.

Alam Bacha cuba membentuk konsep niaga baru yang berdasarkan kepercayaan sesama pencinta buku supaya lebih ramai orang dapat memiliki buku pada harga rendah.

Konsep ini sangat berdasarkan kepercayaan. Kebanyakan pembaca dan penjual buku yang Alam Bacha kenali, adalah mereka yang jujur. Kerana itu Alam Bacha berani mempertaruhkan konsep ini sebagai percubaan, di samping menjual buku-buku milik sendiri.

Bagaimana Seller boleh mula menjual?

Seller hanya perlu memberikan maklumat berkenaan buku-buku terpakai yang mereka miliki melalui borang ini.  

Harga buku perlu ditentukan oleh Seller sendiri. Kondisi buku perlu dijelaskan dengan baik supaya pelanggan tidak berasa tertipu.

Admin Alam Bacha akan menguruskan kemasukan data buku dalam sistem kami di http://alambacha.com.my. Walau bagaimanapun, pihak admin mempunyai kuasa menolak sebarang judul yang berlawanan dengan prinsip perniagaan Alam Bacha; buku-buku mengandungi kelucahan melampau dan mempersenda agama tidak akan diluluskan.

Pembayaran kepada Seller & Alam Bacha

Pembayaran oleh pembeli akan dibuat kepada Alam Bacha terlebih dahulu dan pengeposan akan dibuat pihak Seller sendiri. Alam Bacha akan memaklumkan alamat pihak pembeli kepada pihak Seller untuk urusan pengeposan. Seller pula akan memberikan tracking code pos untuk kami sampaikan kepada pihak pembeli.

Selepas dua (2) hari pihak Alam Bacha mendapat tracking code pos dari pihak Seller, Alam Bacha akan membuat pemindahan harga buku kepada Seller melalui IBG (Interbank Giro) online banking. Harga buku yang akan dipindahkan ke akaun Seller adalah berdasarkan harga yang telah ditetapkan melalui borang.

Maklumat tepat daripada Seller

Sekiranya didapati ada Seller yang gagal memenuhi kehendak pelanggan dengan cara tidak mengepos atau memberi maklumat palsu berkenaan kondisi buku, Seller ini dengan tegas akan Alam Bacha hentikan daripada meneruskan penjualan buku terpakai mereka melalui laman ini.

Leave a Reply