Di Alam Bacha, kami menjual buku-buku terpakai yang terpilih dan bermutu.

Dengan harapan buku-buku ini tidak kaku di atas rak semata-mata selepas sekali baca.

Mudah-mudahan ia sampai kepada lebih ramai orang yang sebelum ini teragak-agak membeli kerana harga.

Kami memiliki sejumlah buku lama yang kian mengumpul habuk dan menuntut ruang.

Menunggu anak-anak membesar untuk membacanya, mungkin akan berlaku atau tidak.

Lagipun buku-buku baru akan sentiasa diterbitkan saban waktu.

Jadi kenapa menunggu, sedangkan manfaat lebih besar mungkin dapat diraih dengan menyebarkannya melalui Alam Bacha ini.

Selain itu, kami juga mengimpikan perkembangan Alam Bacha yang seterusnya, yang sekarang ini masih lagi di tahap mimpi.

Mudah-mudahan perlahan-lahan Alam Bacha kami akan berkembang, dan mencapai cita-citanya yang lebih tinggi.

Kerana inilah kami menjual buku-buku terpakai di sini.

Kalau anda berminat untuk turut memasarkan buku terpakai anda melalui Alam Bacha, jemputĀ baca FAQ danĀ hubungi kami.

Syarat kami mudah sahaja, Alam Bacha tidak menjual novel-novel yang punya aksi cabul keterlaluan yang dipaparkan semata-mata untuk merangsang nafsu dan bukan kerana keperluan plotnya.

Kami gembira jika dapat menebarkan keindahan dan ketenangan Alam Bacha kepada lebih ramai manusia.

Leave a Reply